SEBUAH bangunan pangsapuri empat tingkat runtuh di tengah-tengah Marseille malam semalam, Sputnik memetik laporan media Perancis.
Insiden berlaku sejurus selepas tengah malam di daerah La Plaine, menurut akhbar Perancis 20 Minutes hari ini.
Datuk Bandar Marseille Benoit Payan dipetik sebagai berkata bahawa kebakaran di lokasi kejadian membantutkan operasi mencari oleh pasukan penyelamat.
Setakat ini seramai 11 orang dipindahkan dari lokasi kejadian, menurut akhbar Ouest France.
Datuk Bandar dipetik sebagai berkata oleh penyiar BFMTV bahawa sekurang-kurangnya lima mangsa kini menerima rawatan di hospital manakala kebakaran di kawasan runtuhan masih belum dipadamkan sepenuhnya, kata Payan. – Bernama, 9 April, 2023.
Komen