China lancar rondaan, latihan ketenteraan di sekitar Taiwan


Kapal Tentera Pembebasan Rakyat China (PLA) menjalankan rondaan dekat pulau Pingtan yang terletak berhampiran dengan Taiwan. – Gambar AFP, 9 April 2023.

KOMANDO Teater Timur Tentera Pembebasan Rakyat China (PLA) pada Sabtu melancarkan rondaan kesiapsiagaan tempur dan latihan ketenteraan di sekitar Taiwan, bermula 8 hingga 10 April.

Rondaan dan latihan berlangsung di kawasan maritim dan ruang udara Selat Taiwan, lapor Xinhua memetik jurucakap PLA, Shi Yi sebagai berkata.

Operasi ini sebagai amaran keras terhadap pakatan sulit antara pasukan pemisah dan kuasa asing serta menentang aktiviti provokasi mereka, menurut jurucakap terbabit.

Operasi itu perlu untuk menjaga kedaulatan negara dan integriti wilayah China. – Bernama, 9 April 2023.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen