India terima 6.19 juta pelancong asing pada 2022


India menerima kemasukan 6.19 juta pelancong asing tahun lepas, berbanding 1.52 juta pada 2021, dan ia tanda pemulihan selepas pandemik Covid-19, kata Kementerian Pelancongan. – Gambar AFP, 8 April, 2023.

INDIA menerima kemasukan 6.19 juta pelancong asing tahun lepas, berbanding 1.52 juta pada 2021, lapor Xinhua, memetik Kementerian Pelancongan.

Memetik data Biro Imigresen, Kementerian Pelancongan memaklumkan ia merupakan tanda pemulihan selepas pandemik Covid-19.

Sebelum ini India mencatat 10.93 juta ketibaan pelancong asing pada 2019.

Kerajaan persekutuan sedang mengambil inisiatif untuk memberi rangsangan kepada sektor pelancongan demi meningkatkan ketibaan pelancong asing, termasuk bantuan kewangan kepada kerajaan tempatan untuk pembangunan infrastruktur.

Kementerian menyediakan talian bantuan maklumat pelancongan 24/7 pelbagai bahasa untuk pelancong domestik dan asing. – Bernama, 8 April, 2023.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen