TENTERA Israel melancarkan serangan udara sepanjang malam terhadap kemudahan bawah tanah Hamas di Jalur Gaza dan memusnahkan rangkaian terowong bawah tanah yang sedang dalam pembinaan yang mungkin akan digunakan untuk melancarkan serangan.
Tiada kemalangan jiwa dilaporkan dalam operasi yang dilancarkan selepas bahan letupan diletupkan berhampiran sempadan Gaza dengan Israel.
Tentera Israel berkata operasi untuk memusnahkan terowong tu melibatkan teknologi baru yang dibangunkan mereka untuk mengesannya.
“Dasar kami adalah untuk bertindak terhadap apa-apa cubaan untuk menyerang kami dan memusnahkan infrastruktur terowong secara sistematik, dan kami akan meneruskannya,” kata Perdana Menteri Israel Benajmin Netanyahu dalam satu kenyataan.
Gerakan Islam Hamas yang menguasai Jalur Gaza, menyifatkan tindakan Israel itu sebagai cubaan “untuk menakutkan orang ramai” dan meneruskan bantahan di sepanjang sempadan bermula bulan ini.
Israel “menanggung semua akibat daripada peningkatan itu,” kata jurucakap Hamas, Fawzy Barhoum.
Bermula 30 Mac, rakyat Gaza merancang untuk mendirikan ratusan khemah berhampiran sempadan Israel selama enam minggu sebagai tanda sokongan mereka kepada pelarian Palestin.
Berhubung serangan sepanjang malam, jurucakap tentera Israel Jonathan Conricus berkata Hamas mula menggali terowong untuk menghubungkan dengan terowong lama di selatan penempatan Palestin.
Terowong baharu itu tidak sampai ke kawasan Israel namun hanya beberapa ratus meter daripada agar sempadan, dekat Kerem Shalom dan di kawasan bandar Rafah, Jalur Gaza, katanya. – AFP, 18 Mac, 2018.
Komen