Duterte desak negara lain keluar dari ICC


Presiden Filipina Rodrigo Duterte pada Khamis lalu memberitahu PBB yang Filipina akan menarik diri dari Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC). – Gambar AFP, 18 Mac, 2018.

PRESIDEN Filipina Rodrigo Duterte pada Ahad telah mendesak negara-negara lain supaya mengikut jejak negara itu keluar dari Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC).

ICC kini sedang memeriksa perang dedah Duterte.

Duterte menyelar mahkamah tersebut selepas kerajaannya memberitahu Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) megenai keputusannya untuk menarik keluar Filipina dari Statute Rom yang menubuhkan ICC.

“Ia bukannya dokumen yang disediakan oleh sesiapa. Ia ditaja oleh EU (perjanjian),” kata Duterte.

ICC yag berpangkalan di The Hague pada bulan lepas mengumumkan yang ia melancarkan ‘pemeriksaan awal’ ke atas perang dadah Duterte yang mencetus kebimbangan di peringkat antarabangsa.

Duterte, 72, menang dalam pilihan raya pada pertengahan 2016 dan telah bersumpah untuk melancarkan perang dadah yang pertama seumpamanya.

Menurut polis, sebagai sebahagian daripada kempen tersebut, seramai 4,100 suspek dadah telah dibunuh. Kumpulan hak asasi pula mendakwa angka sebenar ialah tiga kali ganda daripada angka yang diberi pihak berkuasa.

ICC yang ditubuhkan pada 2002, merupakan satu-satunya mahkamah jenayah perang kekal dan bermatlamat untuk mendakwa penyalahgunaan paling teruk yang tidak dapat diadili atau diterima oleh mahkamah negara.

Pada Khamis, Filipina memberitahu PBB yang ia menarik diri dari ICC, sehingga mencetus amaran dari pegawai atasan tribunal bahawa tindakan itu akan menjejaskan usaha antarabangsa bagi menamatkan hukuman mati ke atas jenayah terburuk di dunia.

Notis setahun diperlukan untuk menarik diri secara rasmi dari mahkamah itu dan itu tidak akan menghentikan ICC terus memeriksa perang dadah Duterte.

Bagaimanapun, Duterte pada Ahad telah menegaskan bahawa ICC tidak boleh mendakwanya memandangkan perjanjian itu tidak dikeluarkan dalam tempatan.

Sekiranya Filipina menarik diri sepenuhnya dari ICC, ia akan mengikuti jejak Burundi dari benua Afrika, yang menjadi negara pertama menarik diri dari ICC pada Oktober 2017. – AFP, 18 Mac, 2018.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen