PRESIDEN Mexico Andres Manuel Lopez Obrador mengkritik tuduhan jenayah terhadap bekas presiden Amerika Asyarikat (AS) Donald Trump, yang disifatkannya bermotifkan politik semata-mata untuk menjejaskan kempen pilihan raya presiden 2024.
Bercakap kepada pemberita semalam, Lopez Obrador berkata isu undang-undang tidak sepatutnya tidak digunakan untuk tujuan politik.
“Saya tidak bersetuju dengan apa yang mereka lakukan terhadapnya,” katanya sehari selepas Trump mengaku tidak bersalah di mahkamah Manhattan atas 34 pertuduhan jenayah memalsukan rekod perniagaan.
Trump didakwa memalsukan rekod perniagaan untuk menyembunyikan maklumat yang merosakkan dan aktiviti yang menyalahi undang-undang daripada pengundi AS sebelum dan selepas pilihan raya 2016.
Lopez Obrador menyifatkan tuduhan terhadap Trump, 76, sebagai “kempen fitnah”.
Ini merupakan kali kedua Lopez Obrador, 69, membela bekas presiden AS itu. – AFP, 6 April 2023.
Komen