Periuk api, bahan letupan ancam lebih 4 juta penduduk Iran


Periuk api dan sisa bahan letupan di Iran setakat ini membunuh lebih 8,000 orang awam. – Gambar EPA, 5 April, 2023.

LEBIH 4 juta orang di wilayah barat dan selatan Iran diancam oleh periuk api dan bahan letupan yang tidak meletup, lapor Xinhua memetik Agensi Berita IRNA.

Iran mempunyai 20 juta periuk api dan bahan letupan yang tidak meletup akibat perang lapan tahun dengan Iraq dari 1980 hingga 1988, menurut presiden Pusat Tindakan Periuk Api Iran, Mohammad-Hossein Amir-Ahmadi.

Bahan letupan itu tertimbus di kawasan seluas 42,000 kilometer persegi merentangi lima wilayah di sepanjang sempadan barat dan barat daya dengan lebih 3 juta dikesan dan dibersihkan.

Amir-Ahmadi berkata periuk api dan sisa bahan letupan di negara itu setakat ini telah membunuh lebih 8,000 orang awam dan menyebabkan pengangguran, penghijrahan dari kawasan terjejas selain kemusnahan sumber alam sekitar. – Bernama, 5 April, 2023.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen