PIHAK berkuasa Kanada pada Selasa umum satu kertas siasatan telah dibuka terhadap syarikat perisian di sebalik ChatGPT yang berpangkalan di Amerika Syarikat (AS), chatbot kecerdasan buatan yang semakin popular.
Siasatan tersebut sebagai tindak balas terhadap “aduan yang mendakwa pengumpulan, penggunaan dan pendedahan maklumat peribadi tanpa persetujuan”, kata Pejabat Pesuruhjaya Privasi.
Dilancarkan pada November tahun lalu, chatbot OpenAI menggunakan maklumat dalam talian untuk memberikan jawapan terperinci yang ditanya pengguna.
ChatGPT mencetus sensasi global selepas ia dilancarkan tahun lepas kerana keupayaannya menghasilkan esei, lagu, peperiksaan dan artikel berita hanya daripada pertanyaan ringkas.
Pengkritik bagaimanapun bimbang kerana tidak jelas dari mana ChatGPT dan pesaingnya memperoleh data atau bagaimana data tersebut diproses.
“Kita perlu mengikuti – dan terus mendahului – kemajuan teknologi yang bergerak pantas, dan itu adalah salah satu tumpuan utama saya,” kata Pesuruhjaya Privasi Kanada Philippe Dufresne.
Dibiayai gergasi teknologi Microsoft, yang menambahn ciri aplikasi tersebut pada beberapa perkhidmatannya, ChatGPT disebut-sebut sebagai pesaing utama kepada enjin carian Google.
Siasatan oleh pengawal selia Kanada dijalankan ketika permintaan yang semakin meningkat bagi meningkatkan penelitian terhadap teknologi AI.
Minggu lalu, jutawan Elon Musk – pengasas OpenAI tetapi bukan lagi ahli lembaga pengarah – dan ratusan pakar global meminta penangguhan enam bulan dalam penyelidikan sistem AI yang lebih berkuasa berbanding GPT-4, lelaran terkini perisian berasaskan ChatGPT, memetik “risiko kepada masyarakat dan kemanusiaan”.
Jumaat lalu Itali menjadi negara pertama di dunia yang menyekat ChatGPT atas kebimbangan mengenai penggunaan data.
Agensi polis Eropah, Europol baru-baru ini memberi amaran penjenayah akan mengambil kesempatan daripada teknologi kecerdasan buatan untuk melakukan penipuan dan jenayah siber lain. – AFP, 5 April 2023.
Komen