Seorang maut, 30 cedera kereta api tergelincir di Belanda


Seorang maut manakala 30 lagi cedera apabila sebuah kereta api penumpang tergelincir dari landasan selepas melanggar kren pembinaan di Voorschoten, di Belanda. – Gambar AFP, 4 April, 2023.

SEKURANG-KURANGNYA seorang maut manakala 30 lagi cedera apabila sebuah kereta api penumpang tergelincir dari landasan selepas melanggar kren pembinaan di Voorschoten, di wilayah barat Belanda hari ini.

Menurut lembaga keselamatan serantau, insiden berlaku sekitar 3.25 pagi waktu tempatan, lapor Xinhua.

Kereta api itu membawa sekurang-kurangnya 50 penumpang dan dalam perjalanan dari Leiden ke The Hague di Holland Selatan.

Mereka yang cedera dirawat di lokasi dan beberapa mangsa yang mengalami kecederaan serius telah dibawa ke hospital. – Bernama, 4 April, 2023.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen