MENTERI Luar Russia Sergey Lavrov akan mempengerusikan mesyuarat Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNSC) mengenai Timur Tengah pada 25 April, menurut Wakil Tetap Russia ke PBB Vasily Nebenzya.
Dalam sidang media, Nebenzya berkata pertemuan itu akan memberi tumpuan kepada penyelesaian konflik Palestin-Israel yang tidak menunjukkan sebarang kemajuan dan ketegangan yang semakin meningkat, lapor Petra.
“Selain itu, Lavrov dijadual mempengerusikan satu lagi mesyuarat pada 24 April, yang mempromosikan multilateralisme berkesan melalui pembelaan prinsip Piagam Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu,” kata Nebenzya. – Bernama, 4 April, 2023.
Komen