SENAT Pakistan meluluskan resolusi untuk memperkasa wanita di negara itu dengan kemahiran digital moden, lapor Xinhua.
Justeru, Senat menggesa kerajaan mengutamakan wanita dalam pendidikan teknologi komunikasi maklumat dan memperuntukkan dana berasingan untuk pemerkasaan digital wanita, menurut kenyataan.
Penyertaan wanita dalam teknologi dapat menyumbang kepada penyelesaian yang lebih kreatif selain berpotensi besar untuk melaksanakan inovasi yang memenuhi keperluan wanita dan menggalakkan kesaksamaan jantina, menurut resolusi itu.
Perdana Menteri Pakistan Shahbaz Sharif baru-baru ini berkata negara itu berpotensi besar dalam sektor teknologi maklumat (IT) yang mesti dieksploitasi sepenuhnya.
Beliau mengarahkan suruhanjaya pendidikan tinggi Pakistan supaya universiti dan institut latihan memberi keutamaan untuk meningkatkan bilangan profesional IT kepada 1.5 juta di negara Asia Selatan itu dalam tempoh tiga tahun akan datang. – Bernama, 4 April, 2023.
Komen