Rakyat Rusia keluar mengundi, Putin diramal menang


Calon presiden Rusia yang bertanding pada pilihan raya kali ini. Presiden Vladimir Putin dijangka mengekalkan kuasanya bagi penggal keempat. – Gambar EPA, 18 Mac, 2018.

RAKYAT Rusia keluar mengundi pada Ahad yang bakal menyaksikan Presiden Vladimir Putin menang bagi penggal keempat, ketika negara berdepan kes perisik diracun di Britain dan sekatan baru daripada Amerika Syarikat (AS).

Dengan negara merentas 11 zon masa, undian dibuka di Rusia di timur pada 2000 GMT pada Sabtu dan akan ditutup di Kaliningrad, sebahagian wilayahnya di Eropah, pada 1800 GMT hari Ahad.

Putin yang tidak berdepan sebarang cabaran serius dalam pemerintahannya, Kremlin dijangka melihat penyertaan tinggi yang membolehkan pemimpin itu meneruskan penggal keempatnya.

Dengan undian kira-kira 70%, pemimpin itu diyakini akan melanjutkan penggalnya hingga 2024 meskipun kempen kurang bersemangat dan keengganannya mengambil bahagian dalam perdebatan televisyen.

Putin berusaha menjadikan pilihan raya kali ini dengan menekankan peranan Rusia sebagai kuasa  utama dunia utama, yang baru-baru ini berbangga dengan senjata baru yang “tidak dapat dikalahkan” dan meneruskan sokongan kepada rejim Syria dalam perang saudara di sana.

Ketegangan yang semakin meningkat dengan Barat berhubung kes meracun bekas ejen ergei Skripal di Britain, dan sekatan baru daripada Washington mengenai dakwaan campur tangan pilihan raya, menguatkan tanggapan pertelagahan Rusia dengan negara lain di dunia.

“Di Amerika dan Eropah, mereka cuba membuatkan kita tunduk dan melutut, tetapi kita masih berdiri,” kata pengurus pengangkutan berusia 55 tahun, Sergei Babayev kepada AFP di Moscow sejurus sebelum undi.

Ahad ini juga bertepatan dengan tempoh empat tahun sejak Putin menandatangani perjanjian mengisytiharkan sebagai Crimea sebahagian Rusia susulan rampasan daripada Ukraine, tindakan yang membawa kepada perang di timur negara bekas Soviet itu.

Sebagai balasan, Kiev berkata warga Rusia yang tinggal di Ukraine tidak akan dapat mengundi kerana akses misi diplomatik Moscow akan disekat.

Putin, yang berkempen di bawah slogan “presiden yang kuat - Rusia yang kuat”, enggan mengambil bahagian dalam debat di televisyen dan tiada bahan baru untuk iklan kempennya sendiri.

Beliau bertanding menentang tujuh calon lain, termasuk jutawan komunis Pavel Grudinin dan bekas pengacara rancangan realiti TV Ksenia Sobchak, tetapi tiada yang mengundi lebih daripada 8%.

Salah satu momen yang lebih mengesankan daripada kempen itu adalah semasa perdebatan ketika Sobchak melemparkan segelas air kepada calon ultra-nasionalis Vladimir Zhirinovsky, menyebabkan beliau dipanggil “pelacur” dan “bodoh gila”.

Lawan Putin yang paling vokal, pelopor anti-rasuah Alexei Navalny, dihalang bertanding kerana alasan undang-undang dan menyeru para pengikut untuk memboikot pilihan raya yang dikatakannya adalah palsu. –  AFP, 18 Mac, 2018.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen