PENTADBIRAN Keselamatan Lalu Lintas Lebuhraya Kebangsaan (NHTSA) Amerika Syarikat (AS) telah membuka kertas siasatan terhadap satu siri kemalangan maut melibatkan beg udara kereta Hyndai dan Kia yang gagal berfungsi.
NHTSA dalam satu kenyataan berkata, Pejabat Penyiasatan Kecelakaan (ODI) “kini sedar mengenai enam kemalangan melibatkan model Hyundai dan Kia, di mana beg udara gagal berfungsi dalam kemalangan di bahagian hadapan,” sehingga empat orang terbunuh dan enam cedera.
“Kegagalan unit kawalan beg udara (ACU) boleh mengahlang beg udara di bahagian hadapan berfungsi ketika kemalangan berlaku,” kenyataan itu menyebut.
Hyundai memfailkan satu laporan mengena isu tersebut pada hujung bula lepas hingga menyebabkan model kereta itu dipanggil semula, namun masih belum menemui jalan penyelesaian.
Menurut kenyataan itu lagi, siasatan ODI yang dibuka pada Jumaat, akan menilai skala pemanggilan semula Hyundai, menentukan sama ada Kia dan pengilang lain menggunakan kawalan beg udara yang sama atau mirip seperti Hyundai, serta faktor-faktor yang mungkin menjadi penyebab kepada kegagalan tersebut.
Dianggarkan 425,000 kereta mungkin akan terjejas akibat masalah ini. – AFP, 18 Mac, 2018.
Komen