Najib guna penghakiman bertentangan bagi pengampunan diraja, kata Shafee


Noel Achariam

Muhammad Shafee Abdullah berkata pihaknya sedang membuat persediaan permohonan pengampunan diraja bagi Najib Razak dengan menggunakan penghakiman Abdul Rahman Sebli. – Gambar fail The Malaysian Insight, 3 April, 2023.

PASUKAN peguam bela Najib Razak menggunakan penghakiman bertentangan Hakim Abdul Rahman Sebli bagi permohonan pengampunan diraja, kata Muhammad Shafee Abdullah.

Shafee berkata mereka sedang menyediakan permohonan dengan penghakiman Rahman.

“Permintaan pengampunan kami adalah seperti yang Rahman katakan dalam penghakimannya.

“Ini bukan pengampunan seperti biasa,” katanya pada sidang media di kompleks mahkamah Kuala Lumpur hari ini.

Pada 31 Mac, Rahman berkata Najib dinafikan perbicaraan yang adil dan sepatutnya dibebas dan dilepaskan.

Rahman yang mempengerusikan panel lima hakim, memberikan penghakiman berbeza dalam permohonan Najib untuk menyemak keputusan Mahkamah Persekutuan menolak rayuan terakhirnya dalam kes SRC International.

Beliau berkata tidak dinafikan bekas perdana menteri itu didakwa melakukan kesalahan amat serius, tetapi adalah penting orang tertuduh diwakili secara sah bagi menjamin wujudnya keadilan terhadap proses perbicaraan atau rayuannya.

“Keadilan bukan sahaja mengenai bersalah atau tidak bersalah orang yang dituduh. Ia juga tentang memberikannya perbicaraan yang adil. Orang yang dituduh harus merasakan bahawa dia telah menjalani proses perbicaraan yang adil.” – 3 April, 2023.

Berita penuh di sini


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen