INSIDEN bom meletupkan sebuah kereta menggegarkan ibu kota Damascus di Syria petang semalam, menurut laporan media tempatan, tetapi setakat ini tiada kematian dilaporkan.
Setakat ini juga tiada pihak mengaku bertanggungjawab atas insiden itu.
“Bom diletupkan dalam sebuah kereta milik orang awam, menyebabkan berlakunya kebakaran tetapi tiada kemalangan jiwa dilaporkan,” kata agensi berita SANA, memetik sumber polis.
Kementerian dalam negeri berkata dua individu cedera ringan dalam letupan itu yang menyasarkan sebuah trak kecil, menambah siasatan sedang dijalankan.
Pada masa ini masih belum jelas siapa bertanggungjawab atas insiden itu kerana serangan bom kereta agak jarang berlaku di Syria.
Serangan itu berlaku di kawasan di mana terletaknya ibu pejabat Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu, beberapa kedutaan dan restoran, menurut wartawan AFP. – AFP, 3 April, 2023.
Komen