3 maut, 3 lagi cedera dalam insiden tembakan di Oklahoma


Kejadian berlaku sekitar jam 9 malam waktu tempatan, malam tadi. – Gambar EPA, 2 April, 2023.

TIGA terbunuh manakala tiga lagi cedera dalam kejadian tembakan di sebuah bar pada malam Sabtu di bandar Oklahoma, Amerika Syarikat.

Polis menerima laporan berhubung insiden berkenaan di Whisky Barrel Saloon sekitar jam 9 malam waktu tempatan (0200 GMT Ahad), menurut media tempatan.

Mereka yang cedera dimasukkan ke hospital dengan seorang dilaporkan dalam keadaan kritikal manakala dua lagi mengalami kecederaan ringan, menurut Jabatan Polis bandar Oklahoma.

Seorang suspek ditahan dan siasatan berhubung kejadian tersebut sedang dijalankan. – Bernama, 2 April, 2023.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen