PRESIDEN Amerika Syarikat (AS) menggesa Rusia membebaskan wartawan Wall Street Journal (WSJ) Evan Gershkovich yang ditahan atas tuduhan pengintipan sambil menolak tuntutan lembaga pengarang akhbar itu untuk mengusir wartawan Rusia dari negara itu.
Ketika ditanya wartawan White House tentang mesejnya kepada Rusia berkait Gershkovich yang merupakan rakyat AS, Biden berkata “bebaskan dia”.
Lembaga WSJ menerbitkan artikel yang menggesa pengusiran duta Rusia ke AS serta ‘semua wartawan Rusia yang bekerja di AS’ sambil menyifatkan ia tindakan ‘paling minimum yang dijangkakan’.
“Waktu tahanan dilihat sebagai provokasi untuk memalukan AS dan menakutkan akhbar asing yang bekerja di Rusia,” katanya.
Ketua Penagrang WSJ Emma Tucker menghantar nota kepada kakitangannya pada Jumaat sambil berkata, “kita akan lakukan sehabis daya untuk membebaskan Evan”.
“Keselamatan anda adalah benda paling penting bagi saya dan kita akan terus lindugi tak kira di mana anda bertugas,” tambahnya.
Sementara itu bercakap kepada pemberita selepas meninjau kerosakan akibat puting beliung di Mississippi, Biden berkata mengusir wartawan Rusia ‘bukan perancangan mereka setakat ini’.
Gershkovich dipercayai merupakan wartawan asing pertama yang ditahan kerana mengintip di pasca-Soviet Rusia dan penahanannya itu dijangka untuk meningkatkan konfrontasi Kremlin dengan Barat ketika perang Moscow di Ukraine. – AFP, 1 April, 2023.
Komen