Pemain Rusia, Belarus boleh kembali bermain di Wimbledon


Pemain dari Rusia dan Belarus akan dibenarkan kembali beraksi di Wimbledon sebagai pemain berkecuali. – Gambar AFP, 1 April, 2023.

PEMAIN tenis Rusia dan Belarus akan dibenarkan untuk beraksi di Kejohanan Wimbledon sebagai atlet “berkecuali”, lapor Xinhua.

“Hasrat kami untuk menerima penyertaan pemain Rusia dan Belarus tetapi mereka perlu bermain sebagai atlet ‘neutral’ dan mematuhi semua syarat yang ditetapkan,” menurut kenyataan Kelab All England pada Jumaat.

Tetapi pemain yang mendapat pembiayaan daripada Rusia atau Belarus atau ditaja oleh syarikat yang dikendalikan atau dikawal oleh negara itu tidak dibenarkan menyertai kejohanan berkenaan.

“Jika berlaku perubahan…kami akan mempertimbangkan semula dan mengambil langkah yang sewajarnya,” kata Pengerusi Kelab All England, Ian Hewitt. – Bernama, 1 April, 2023.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen