Sekatan AS tidak jejas pengeluaran ubat di Venezuela


Venezuela berjaya mengukuhkan kapasiti sebagai pengeluar ubat-ubatan walaupun dikenakan sekatan oleh Amerika Syarikat. – Gambar AFP, 31 Mac, 2023.

NAIB Presiden Delcy Rodriguez semalam berkata Venezuela berjaya mengukuhkan kapasiti sebagai pengeluar ubat-ubatan walaupun dikenakan sekatan oleh Amerika Syarikat, lapor Xinhua.

“Venezuela memiliki antara platform pengeluaran ubat paling lengkap di Amerika Selatan. Kami boleh menghasilkan semua jenis ubat yang diperlukan oleh rakyat Venezuela.

“Malah sekatan itu memberikan rangsangan penting kepada pengeluaran negara,” kata Rodriguez pada perasmian Pameran Kesihatan Antarabangsa Pertama Venezuela 2023.

Menurut Rodrigues kerajaan mengenal pasti kesihatan dan makanan sebagai dua bidang strategik untuk pembangunan saintifik dan teknologi.

Beliau berkata beberapa ahli panel saintifik akan membentangkan hasil penyelidikan mereka di pameran kesihatan dan membincangkan topik seperti perubatan digital.

“Terdapat transformasi dalam peta kesihatan (dunia) yang kami kaji dengan penyakit yang meningkat dalam populasi dunia,” kata Rodriguez merujuk kesan pandemik global - Covid-19. – Bernama, 31 Mac, 2023.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen