Ukraine mahu sertai EU setahun selepas rundingan keanggotaan bermula


Menteri Luar Ukraine Dmytro Kuleba berkata negara itu berhasrat menyertai Kesatuan Eropah (EU) dalam tempoh setahun selepas rundingan keangotaannya bermula. – Gambar AFP, 31 Mac, 2023.

UKRAINE berhasrat menyertai Kesatuan Eropah (EU) dalam tempoh setahun selepas rundingan keangotaannya bermula, kata Menteri Luar Dmytro Kuleba.

“Matlamat kami adalah untuk memulakan rundingan keanggotaan EU pada 2023. Saya jangka ia akan mengambil masa kira-kira setahun untuk Ukraine menjadi anggota penuh,” kata Kuleba semalam lapor Agensi Berita Xinhua memetik  Interfax-Ukraine.

Pada Jun 2022 pemimpin EU menerima Ukraine sebagai calon untuk menjadi anggota dalam blok itu.

Suruhanjaya Eropah mengemukakan tujuh keperluan yang perlu dipenuhi oleh Ukraine untuk memulakan rundingan berkaitan penyertaannya. – Bernama, 31 Mac, 2023.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen