12 terbunuh, bumbung runtuh ketika upacara keagamaan di India


Kira-kira 30 dilaporkan terperangkap selepas bumbung yang menutupi tangga perigi di kuil itu runtuh semasa upacara perayaan Hindu Ram Navami di India. – Gambar AFP, 31 Mac, 2023.

SEKURANG-KURANGNYA 12 maut selepas bumbung menutupi “bawdi” runtuh ketika ritual keagamaan berlangsung di sebuah kuil di Indore, Madhya Pradesh.

Kira-kira 30 dilaporkan terperangkap selepas bumbung yang menutupi “bawdi” (tangga perigi) di kuil itu runtuh semasa upacara perayaan Hindu Ram Navami, lapor media tempatan.

Sebilangan besar penganut berkumpul untuk mengambil bahagian dalam upacara yang dikenali sebagai “havan” sejurus sebelum bumbung itu runtuh.

“Sangat sedih menerima perkhabaran di Indore,” kata Perdana Menteri Narendra Modi menerusi di Twitter.

Ketua menteri Madhya Pradesh Shivraj Singh Chouhan mengumumkan sumbangan berjumlah setengah juta rupee (RM26,820) bagi setiap keluarga mangsa yang terkorban. – Bernama, 31 Mac, 2023.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen