Lelaki bakar gereja di Perancis dihukum penjara


MAHKAMAH di Perancis menjatuhkan hukuman penjara empat tahun terhadap seorang tertuduh kerana melakukan kebakaran yang menyebabkan kemusnahan teruk sebuah gereja Gothik di Nantes pada 2020.

Emmanuel Abayisenga, 42, warganegara Rwanda turut berdepan tindakan undang-undang atas satu insiden berasingan di mana dia dituduh membunuh seorang paderi di barat Perancis pada 2021.

Mahkamah memutuskan Abayisenga mengalami masalah mental ketika melakukan kebakaran di Gereja Saint Peter dan Saint Paul ketika hukuman dibacakan.

Mahkamah turut mengharamkan Abayisenga membawa senjata dan tinggal di wilayah Loire-Atlantique di mana lokasi Nantes berada, selama lima tahun.

Abayisenga, yang tiba di Perancis pada 2012 dan sering menjadi sukarelawan di gereja, mengakui memulakan kebakaran itu pada permulaan perbicaraan.

Katanya, dia masuk ke dalam gereja untuk berdoa tetapi kemudian hilang kawalan selepas melalui lokasi di dalam bangunan itu di mana dia diserang pada 2018.

Bercakap menerusi penterjemah, katanya dia menyesal dengan apa berlaku dan mohon kemaafan. – AFP, 30 Mac, 2023.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen