Peminat Liverpool tambah 'kedukaan' penyokong MU


Desmond Davidson

PEMINAT kelab bolasepak Liga Perdana Inggeris Liverpool sanggup membelanjakan RM600 untuk mengucapkan “tahniah” kepada kelab itu yang berjaya ke pusingan suku akhir Liga Juara-Juara Eropah. 

Ahli Perniagaan Rosmaini Jemaan berkata, beliau hanya ingin memalukan peminat kelab bola sepak saingan Manchester United, yang terkeluar daripada saingan liga itu. 

Liverpool menempah laluan ke suku akhir dengan aggretgat 5-0 ke atas kelab Portugis FC Porto Rabu lalu manakala Manchester United tewas 2-1 kepada Sevilla walaupun hanya memerlukan kemenangan 1-0 pada perlawanan kedua untuk mara. 

“Saya bosan mendengar kesombongan peminat Manchster United,” kata Rosmaini di Kuching, Sarawak. 

“Apa bila saya mengambil iklan selama tujuh jam - dari 5 petang hingga tengah malam Rabu lalu pada skrin LED gergasi di Petrajaya - saya mahu menambah ‘kedukaan’ mereka,” kata Rosmaini, yang menamakan kesemua enam anaknya sempena nama bintang Liverpool. 

“Saya harap ia akan menutup mulut peminat Manchester United,” kata Rosmaini yang juga presiden kelab peminat LFC Petra Jaya, PJ Reds. 

Anak sulung Rosmaini berusia 17 tahun Mohd Hyypia dinamakan sempena nama bekas pemain kelab itu Sami Hyypia manakala anak keduanya berusia 16 tahun Mohd Hamman Danial dinamakan sempena bekas pemain tengah kelab itu dari Jerman, Dietmar Hamman. 

Dua anak perempuannya Bibby Aurellya - sempena nama pemain sayap kiri dari Brazil Fabio Aurelio Rodrigues - dan McEmery Rose, sempena nama pemain tengah kelab itu sekarang Emre Can. 

Dua lagi anaknya Muhammad Qarliff Kuyt, sempena penyerang dari Belanda Dirk Kuyt dan Muhammad Zaf Qqbal dinamakan sempena nama doktor kelab bola sepak itu. 

Skrin LED gergasi itu terletak di Jalan Tun Datuk Patinggi Abdul Rahman Yakub, yang menjadi laluan utama penduduk di Petra Jaya dan Matang.

Kali terakhir Liverpool memenangi Liga Juara-Juara Eropah adalah pada 2005 apabila menewaskan kelab dari Itali AC Milan. – 17 Mac, 2018. 


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen