Ayob Khan pengarah baharu JSJ mulai 16 April


Ayob Khan Mydin Pitchay dilantik sebagai Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah yang baharu berkuat kuasa 16 April ini.– Gambar fail The Malaysian Insight, 28 Mac, 2023.

PENGARAH Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman Ayob Khan Mydin Pitchay dilantik sebagai Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) yang baharu.

Setiausaha Polis Diraja Malaysia Noorsiah Mohd Saaduddin dalam kenyataan malam ini berkata pelantikan berkenaan berkuat kuasa pada 16 April ini.

Pelantikan Ayob Khan sebagai Pengarah JSJ yang baharu bagi menggantikan Abd Jalil Hassan yang akan bersara wajib dalam tempoh terdekat ini.

Terdahulu, Ayob Khan, 57, menjadi Pengarah JSJN pada 25 Disember 2021 selepas menyandang jawatan Ketua Polis Johor pada 6 Mac 2020.

Beliau sebelum itu merupakan Ketua Penolong Pengarah Bahagian Anti Pengganas, Cawangan Khas, Bukit Aman. – Bernama, 28 Mac, 2023.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen