RUSIA hari ini mengumumkan untuk menghalau 23 diplomat British dan menyekat sebarang aktiviti British Council.
Tindakan ini susulan kepada sikap “provokatif” London berkaitan bekas ejen perisik dua muka Rusia dan anaknya.
“23 pekerja diplomat di kedutaan British di Moscow telah diisytiharkan sebagai persona non grata dan akan dihalau dalam masa seminggu,” kata menteri luar dalam satu kenyataan selepas memanggil duta British Laurie Bristow.
Katanya, tindakan itu sebagai tindak balas terhadap British kerana “sikap provokatif” dan “tuduhan tak berasas dalam insiden Salisbury pada 4 Mac lalu.”
Kenyataan itu merujuk kepada bekas ejen dua muka Sergei Skripal dan anak perempuannya Yulia yang diracun kononnya agen saraf yang dibuat oleh Kesatuan Soviet yang mana Britain menyalahkan Rusia.
Selain itu, Rusia turut menyekat aktiviti British Council, pertubuhan antarabangsa Britain berkaitan hubungan budaya dan peluang pembelajaran, di negara bekas Soviet itu.
“Berikutan status tak terkawal British Council di Rusia, maka aktivitinya disekat,” kata menteri luar.
Malah, kementerian luar Rusia turut memberi amaran kepada Britain yang “jika sebarang tindakan ‘tak enak’ dibuat terhadap Rusia, maka Rusia punya hak untuk ‘menjawab’ kembali.” – AFP, 17 Mac, 2018.
Komen