SEKURANG-kurangnya tujuh orang maut apabila sebuah pesawat ringan terhempas ke atas sebuah rumah ketika berlepas di pinggir ibu negara Filipina pada Sabtu, kata polis dan pihak berkuasa penerbangan.
Pesawat dua enjin itu terhempas ke atas sebuah rumah ketika cuba berlepas di bandar Plaridel, menyebabkan lima penumpang pesawat terbunuh dengan dua lagi yang berada di rumah berkenaan, kata Supritendan Julio Lizardo.
Angka kematian dijangka meningkat kerana pasukan penyelamat masih memeriksa runtuhan berkenaan, kata Lizardo yang merupakan ketua polis di bandar itu.
“Kami masih lagi menggali runtuhan rumah berkenaan. Kemungkinan ada lagi kematian,” katanya kepada AFP.
Pihak berkuasa bagaimanapun enggan menyatakan punca nahas pesawat Piper PA-23 Apache milik sebuah syarikat tempatan. – AFP, 17 Mac, 2018.
Komen