Rakyat Cuba mengundi dalam pilihan raya umum


Presiden Cuba Miguel Diaz-Canel ketika membuang undi di pusat bandar Santa Clara pada Ahad. – Gambar AFP, 27 Mac 2023.

RAKYAT Cuba mengundi dalam pilihan raya Parlimen bermula Ahad, dengan lebih 23,000 pusat mengundi dibuka di seluruh negara.

Majlis Pilihan Raya Negara juga menyediakan pusat mengundi di hospital, hotel, stesen bas dan tempat awam lain untuk memudahkan pengundian.

Perasmian Parlimen baharu dengan 470 kerusi akan berlangsung akhir tahun ini, lapor Xinhua.

Pilihan raya diadakan di tengah-tengah sekatan ekonomi global terhadap pulau itu.

“Rakyat Cuba mempertahankan masa depan negara, Revolusi dan sosialisme.

“Saya benar-benar yakin dengan rakyat kita,” kata Presiden Cuba Miguel Diaz-Canel selepas mengundi di pusat bandar Santa Clara. – Bernama, 27 Mac 2023.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen