Netanyahu pecat menteri pertahanan


Perdana Menteri Israel Benjamin Netanyahu memecat Menteri Pertahanan Yoav Gallant selepas beliau menggesa kerajaan menghentikan reformasi kehakiman. – Gambar EPA, 27 Mac, 2023.

PERDANA Menteri Israel Benjamin Netanyahu memecat Menteri Pertahanan Yoav Gallant selepas beliau menggesa kerajaan menghentikan reformasi kehakiman yang mencetuskan kontroversi dan bantahan di seluruh negara.

“Perdana Menteri Benjamin Netanyahu memutuskan, untuk memecat Menteri Pertahanan Yoavi Gallant,” menurut pejabat Netanyahu menerusi Twitter.

Gallant menjadi menteri Israel pertama yang menyeru agar reformasi dihentikan, lapor Sputnik.

Beliau menegaskan terdapat perpecahan yang semakin meningkat dalam masyarakat Israel sehingga turut membabitkan Pasukan Pertahanan Israel (IDF) dan agensi keselamatan negara itu.

Ribuan mengadakan protes membantah reformasi kehakiman di Israel selama hampir 11 minggu.

Draf undang-undang yang dibentangkan Menteri Kehakiman Yariv Levin pada Januari, jika diterima pakai akan menyekat kuasa Mahkamah Agung Israel dan memberi kerajaan kuasa dalam pelantikan hakim. – Bernama, 27 Mac, 2023.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen