PM Perancis jumpa pembangkang sebelum protes esok


Penunjuk perasaan berkumpul di Bastille mengadakan protes terhadap pembaharuan skim pencen diperkenalkan kerajaan di Parlimen. – Gambar AFP, 27 Mac, 2023.

PERDANA Menteri Perancis Elisabeth Borne akan berjumpa pemimpin pembangkang awal bulan depan dan terbuka untuk berbincang dengan kesatuan sekerja, selepas beberapa minggu bantahan terhadap pembaharuan pencen berlangsung.

Katanya, beliau tidak akan menggunakan lagi mekanisme kontroversi yang membolehkannya memaksa melalui pembaharuan tidak popular tanpa undi parlimen, di luar perkara bajet.

Borne berkata demikian menjelang protes yang bakal dianjurkan esok oleh kesatuan sekerja sebagai membantah pembaharuan skim pencen, termasuk menaikkan umur persaraan daripada 62 kepada 64 tahun.

Katanya, beliau turut terbuka untuk berbincang dengan semua rakan kongsi sosial.

“Kita perlu mencari jalan yang betul. Kita perlu bertenang,” katanya. – AFP, 27 Mac, 2023.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen