Tehran kutuk serangan AS ke atas Syria


Washington dilaporkan berkata serangan itu susulan serangan dron terhadap AS sebelumnya. – Gambar Facebook, 26 Mac, 2023.

TEHRAN mengutuk serangan udara Amerika Syarikat (AS) terhadap Syria yang dilaporkan mengorbankan sekurang-kurangnya 19 orang.

Washington mendakwa serangan itu tindak balas susulan serangan dron terhadap pasukan AS sebelumnya yang menyebabkan kematian.

Dilaporkan seorang kontraktor terbunuh sementara seorang lagi kontraktor serta lima anggota tentera cedera dalam serangan dron ‘didakwa berasal dari Iran’ pada Khamis.

Pemantau hak asasi manusia Syria berkata 19 orang maut dalam serangan itu dengan kebanyakannya adalah warga Syria yang berlaku awal pagi Jumaat.

Katanya serangan balas itu mencetuskan serangan roket seterusnya oleh pejuang yang disokong Iran.

Kerajaan Syria yang juga sekutu rapat Iran menuduh AS berbohong soal sasaran serangan udara itu untuk mewajarkan tindakan pencerobohannya.

AS menempatkankira-kira 900 tentera di pos seluruh timur laut Syria bagi memberi tekanan terhadap saki baki pengganas IS dan menyokong Tentera Demokratik Syria pimpinan Kurdih yang menguasai sebahagian kawasan timur laut. β€“ AFP, 26 Mac, 2023.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen