Angka kematian letupan kilang coklat AS meningkat kepada 3 orang


Sebahagian daripada kilang coklat RM Palmer Company terbakar menyebabkan tiga maut dan empat lagi masih tidak dapat dikesan. – Gambar Facebook, 26 Mac, 2023.

ANGKA kematian akibat letupan di sebuah kilang coklat di Pennsylvania AS meningkat kepada tiga orang semalam dengan empat orang masih tidak dapat dikesan, kata pegawai tempatan ketika penyelamat berusaha mencari mangsa yang terselamat.

Pasukan penyelamat masih mengalihkan serpihan dan runtuhan susulan letupan yang berlaku pada petang Jumaat di kilang RM Palmer Company di wilayah West Reading di Pennsylvania.

Namun kerosakan teruk akibat letupan yang berlaku menyebabkan peluang mencari mangsa terselamat tipis, kata Ketua Bomba West Reading Chad pada sidang media semalam.

Rakaman TV menunjukkan api marak di dalam bangunan selepas letupan berlaku dan anggota bomba cuba memadamkannya.

“Malanganya (kilang) agak rata. Tidak banyak yang boleh mereka selamatkan dari bangunan itu,” kata Datuk Bandar West Reading Samantha Kaag dalam sidang media yang disiarkan di televisyen sejurus selepas letupan itu.

Ketua Polis West Reading Wayne Holben memberitahu pemberita pada sidang akhbar hari Sabtu bahawa “mayat ketiga ditemui di tapak RM Palmer dan telah disahkan meninggal dunia.”

“Pasukan penyelamat meneruskan usaha mereka mencari individu hilang,” kata Holben.

Ketua Bomba Datuk Bandar menambah setakat ini seramai empat individu masih tidak dapat dikesan.

“Punca letupan masih dalam siasatan,” kata pihak berkuasa. – Bernama, 26 Mac, 2023.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen