25 maut puting beliung landa Mississippi


Ribut petir dan hujan lebat pada lewat Jumaat menyebabkan kerosakan lebih 161 kilometer merentasi Mississippi. – Gambar EPA, 26 Mac 2023.

SEKURANG-kurangnya 25 orang maut akibat ribut dan petir puting beliung yang membadai Mississippi di selatan Amerika Syarikat (AS) pada lewat Jumaat.

Ribut petir dan hujan lebat menyebabkan kerosakan lebih 161 kilometer merentasi Mississippi.

Agensi pengurusan kecemasan negeri itu berkata jumlah kematian kini meningkat kepada 25 orang manakala puluhan lagi cedera. Sementara itu empat orang yang dilaporkan hilang sudah dijumpai.

Puting beliung menyebakan puluhan ribu penduduk di Mississippi, Alabama dan Tennessee masih terputus bekalan elektrik.

Kawasan paing terjejas adalah bandar Rolling Fork yang mempunyai kurang 2,000 penduduk, di mana banyak deretan rumah dan bangunan musnah teruk. – AFP, 26 Mac 2023.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen