Trump nafi disiasat atas salah laku, jenayah


Donald Trump akan menjadi bekas presiden atau presiden pertama pernah didakwa dengan jenayah jika barisan juri memutuskan beliau boleh didakwa. – Gambar AFP, 26 Mac 2023.

Donald Trump menepis dakwaan beliau akan didakwa, ketika menggunakan perhimpunan kempen presiden pertamanya bagi pilihan raya 2024 untuk menyasarkan lawan politik.

“Peguam daerah New York di bawah arahan ‘jabatan ketidakadilan’ di Washington DC sedang menyiasat saya untuk sesuatu yang bukan jenayah, bukan salah laku,” kata Trump kepada penyokongnya di Waco, Texas pada Sabtu.

Peguam Daerah Manhattan Alvin Bragg sedang menyiasat bayaran AS$130,000 daripada pejabat Trump kepada pelakon lucah Stormy Daniels dalam beberapa minggu menjelang pilihan raya presiden 2016.

“Saya tidak pernah suka ‘Horse Face’,” kata Trump, merujuk kepada Daniels.

Trump sebelum ini berkata beliau akan ditangkap minggu lepas, memberi amaran pendakwaan terhadapnya boleh mengakibatkan “potensi kematian & kemusnahan,” daripada penyokong yang marah.

Trump akan menjadi bekas presiden atau presiden pertama yang pernah didakwa dengan jenayah jika barisan juri iaitu panel rakyat yang dipanggil oleh Bragg, memutuskan beliau boleh didakwa. – AFP, 26 Mac 2023.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen