Persidangan pihak berkontrak CNS iktiraf laporan China 


Timbalan Menteri Ekologi dan Alam Sekitar China Dong Baotong berkata China selaku negara tenaga nuklear yang besar, menganggap keselamatan nuklear sebagai tanggungjawab negara yang penting. – Gambar EPA, 24 Mac, 2023.

LAPORAN China mendapat pengiktirafan dalam persidangan semakan bersama kali kelapan dan kesembilan Pihak Berkontrak Konvensyen Keselamatan Nuklear (CNS) di ibu pejabat Agensi Tenaga Atom Antarabangsa (IAEA), di Vienna, pada Khamis.

Pada persidangan itu, delegasi China memberi taklimat tentang prestasi China dalam pembinaan dan pengoperasian loji kuasa nuklear sepanjang enam tahun lalu,  status quo keselamatan nuklear China dan penyeliaan keselamatan nuklear. 

Delegasi China turut menjelaskan mengenai tindakan penambahbaikan susulan kemalangan nuklear Fukushima, dan pelaksanaan Deklarasi Vienna mengenai Keselamatan Nuklear.

Ketua Pengarah Jabatan Keselamatan Nuklear Kebangsaan China, Dong Baotong berkata China selaku negara tenaga nuklear yang besar, menganggap keselamatan nuklear sebagai tanggungjawab negara yang penting.

Beliau yang juga Timbalan Menteri Ekologi dan Alam Sekitar China berkata pihaknya turut mematuhi pembangunan jangka panjang tenaga nuklear di premis keselamatan, melaksanakan peraturan dan piawaian dengan ketat untuk melaksanakan penyeliaan dan pengurusan.

Dong berkata China turut komited untuk terus menambah baik dasar keselamatan nuklear dan sistem kawal selia, meningkatkan pertukaran dan kerjasama antarabangsa dalam keselamatan nuklear, selain membina komuniti berkongsi nasib keselamatan nuklear.

Beliau turut memberi tumpuan terhadap perkongsian langkah-langkah inovatif untuk penyeliaan keselamatan nuklear reaktor baharu, berkongsi pengalaman kejayaan keselamatan nuklear China, dan menyumbang kaedah ‘penyelesaian China’ kepada pembangunan keselamatan nuklear di dunia.

Dong turut mengambil kesempatan untuk bertukar-tukar pandangan dengan Ketua Pengarah IAEA, Rafael Mariano Grossi dalam usaha memperkukuh kerjasama keselamatan nuklear kedua-dua pihak.

Beliau turut mengesa IAEA supaya berperndirian tegas, adil dan telus berhubung masalah pelepasan air tercemar nuklear dari Fukushima Jepun. – Bernama, 24 Mac, 2023.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen