PRESIDEN Finland Sauli Niinisto menandatangani penyertaan negaranya dalam Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO), yang disahkan Parlimen pada 1 Mac.
Finland kemudiannya akan menyerahkan dokumen berkaitan keahlian NATO kepada pentadbiran Amerika Syarikat sebaik sahaja Türkiye dan Hungary meratifikasi keahliannya.
Jumaat lalu, semasa lawatan Niinisto ke Türkiye, Presiden Recep Tayyip Erdogan berkata Ankara akan memulakan proses meratifikasi bidaan Finland.
Parlimen Hungary dijangka mengundi mengenai keahlian Finland pada Isnin depan.
Semua 30 sekutu NATO perlu menandatangani protokol penyertaan ahli baharu.
Sehingga kini, 28 negara anggota berbuat demikian. – Bernama, 24 Mac, 2023.
Komen