KOREA Utara melakukan ujian serangan dron nuklear dasar laut yang direka untuk melepaskan “tsunami radioaktif” yang boleh memusnahkan kapal tentera laut dan pelabuhan musuh, lapor media tempatan.
Ujian dilakukan dari Selasa hingga Khamis itu dengan tentera Korea Utara menghantar dan melakukan ujian tembakan bagi sistem senjata terbaru itu. Misi itu ditetapkan untuk mewujudkan ombak pemunsah berskala mega, lapor agensi KCNA.
“Dron serangan nuklear dasar laut ini boleh dilakukan dalam apa juga keadaan dan pelabuhan atau permukaan laut dipenuhi kapal,” kata KCNA.
Senjata rahsia itu diletakkan di dasar laut di wilayah selatan Hamgyon pada Selasa, dan ia diuji pada semalam.
Setakat ini, ia belayar untuk 59 jam dan 12 minit dengan kedalaman antara 80 hingga 150 meter, lapor agensi itu.
Pemimpin Korea Utara Kim Jong Un “membimbing” latihan itu dan berkata ia akan menjadi amaran kepada Amerika Syarikat dan Korea Selatan terhadap kemampuan Korea Utara untuk melaksanakan perang nuklear tanpa had. – AFP, 24 Mac, 2023.
Komen