UTAH menjadi negeri pertama di Amerika Syarikat (AS) yang memerlukan keizinan ibu bapa bagi pemilik akaun media sosial berusia 18 tahun ke bawah, menyebabkan platform seperti Instagram dan TikTok perlu mengesahkan usia pengguna mereka.
Undang-undang yang berkuatkuasa hari ini digubal susulan kebimbangan berkenaan golongan belia yang semakin ketagih kepada media sosial, dan keselamatan bagi risiko seperti buli siber, ekslopitasi dan pengumpulan data peribadi kanak-kanak.
Tetapi syarikat teknologi dan kumpulan sivil berkata tindakan itu boleh menyebakan akses online bagi mencari remaja terpinggir akan terjejas, dan ia bakal memberi kesan kepada kebebasan bersuara.
“Kami tidak akan benarkan syarikat media sosial terus mengancam kesihatan mental golongan belia,” kata Gabenor Utah Spencer Cox di Twitter.
Beliau menandatangani dua rang undang-undang (RUU) berkaitan perkara itu. RUU itu juga memerlukan syarikat media sosial memberikan akses penuh kepada ibu bapa terhadap akaun anak, dan mewujudkan butang “berkurung” yang menyekat akses pada waktu malam.
Denda boleh dikenakan kepada syarikat media sosial jika mereka menyasarkan pengguna bawah 18 tahun dengan algorithm ketagihan, dan bakal memudahkan ibu bapa untuk menyaman syarikat berkenaan bagi pampasan kewangan, kecederaan fizikal atau emosional. – AFP, 24 Mac, 2023.
Komen