2 rakyat Australia didakwa menipu AS$42.4 juta


POLIS New South Wales (NSW) mendakwa seorang lelaki dan wanita dengan 84 pertuduhan menipu beberapa pelanggan membabitkan 3.5 juta dolar Australia (kira-kira AS$2.4 juta).

Menurut kenyataan hari ini siasatan bermula pada Februari 2020 terhadap dakwaan penipuan oleh dua akauntan yang mentadbir dana urus sendiri untuk pelanggan mereka.

Hasil siasatan selama tiga tahun polis menahan seorang lelaki berusia 44 tahun kira-kira 8 pagi waktu tempatan di rumahnya semalam diikuti penahanan seorang wanita berusia 38 tahun, lapor Xinhua memetik kenyataan Penguasa Detektif Pasukan Polis NSW Gordon Arbinja.

Akauntan yang berpangkalan di Sydney itu masing-masing didakwa dengan 43 dan 41 pertuduhan berkaitan pemerolehan kewangan secara tidak jujur dan memiliki dokumen palsu untuk tujuan menipu.

Menurut polis pasangan itu didakwa menipu lebih 20 orang membabitkan kira-kira (kira-kira AS$2.4 juta) antara 2007 dan 2020.

Lelaki dan wanita itu tidak dibenarkan ikat jamin dan akan dihadapkan ke mahkamah tempatan pada Khamis. – Bernama, 23 Mac, 2023.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen