Umat Islam di India, Bangladesh dan Sri Lanka mula berpuasa esok


Jawatankuasa Ruet-e-Hilal Pakistan (jawatankuasa melihat anak bulan) sedang melakukan proses melihat anak bulan sebelum isytihar Ramadan. – Gambar AFP, 23 Mac, 2023.

UMAT Islam di India kecuali di negeri Kerala akan mula berpuasa pada esok (24 Mac).

Tarikh permulaan puasa itu ditetapkan pada Jumaat memandangkan anak bulan Ramadan tidak kelihatan pada Rabu kecuali di negeri yang terletak di bahagian selatan.

Bangladesh dan Sri Lanka juga akan mula berpuasa pada Jumaat.

Sementara itu, Jawatankuasa Ruet-e-Hilal Pakistan (jawatankuasa melihat anak bulan) mengisytiharkan Khamis sebagai tarikh permulaan puasa di negara ini.  

Maldives turut mula berpuasa pada hari ini. – Bernama, 23 Mac, 2023.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen