Mexico benarkan ekstradisi bekas gabenor dikehendaki AS


Eugenio Hernandez (kanan), bekas gabenor Tamaulipas dihendaki di Texas atas dakwaan penggubahan wang haram.– Gambar AFP, 17 Mac, 2018.

MEXICO sudah meluluskan permohonan ekstradisi Amerika Syarikat kepada bekas gabenor Eugenio Hernandez atas dakwaan penggubahan wang haram, kata Kementerian Luar semalam.

Ia tindakan terbaru dalam skandal korupsi terhadap bekas gabenor itu.

Hernandez dihendaki Mahkamah Texas atas dakwaan bersubahat, penipuan perbankan dan menggunakan syarikat palsu untuk menggubah wang haram ketika menjadi gabenor negeri utara negara itu, Tamaulipas antara tahun 2005 hingga 2010.

Bekas gabenor itu yang masih boleh merayu keputusan itu didakwa mengendalikan perniagaan pemindahan wang yang meragukan. Di Mexico, dia berdepan dakwaan salah guna kuasa dan korupsi.

Hernandez adalah salah seorang daripada tujuh bekas gabenor parti pemerintah, Parti Revolusi Institusi (PRI) yang kini dipenjarakan di Mexico atau tempat lain.

Skandal itu memberi kesan besar kepada parti itu menjelang pilihan raya presiden dijadualkan berlangsung 1 Julai depan. – AFP, 17 Mac, 2018.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen