PILIHAN raya parlimen Greece akan diadakan pada Mei, kata Perdana Menteri Kyriakos Mitsotakis dalam temu bual dengan Alpha TV.
Namun, beliau tidak menyatakan tarikh sebenar.
Pilihan raya parlimen Greece diadakan setiap empat tahun dan mandat empat tahun kerajaan tamat pada 7 Julai, 2023.
Sebelum ini, perdana menteri berkata kerajaan sedia ada berhasrat untuk terus bekerja sehingga hampir tarikh akhir penggal semasa.
“Sejak awal lagi saya menyatakan pilihan raya akan diadakan pada hujung tempoh empat tahun, tetapi tiada siapa yang percaya.
“Saya boleh mengesahkan pilihan raya akan berlangsung pada Mei. Ia tidak akan berlaku pada Julai kerana kemungkinan besar undian ulangan diperlukan. Kita tidak akan mengadakan pilihan raya pada Ogos kerana ia waktu peperiksaan,” kata Mitsotakis. – Bernama, 22 Mac, 2023.
Komen