ARAB Saudi, di mana terletaknya dua kota suci umat Islam iaitu Makkah dan Madinah, semalam memutuskan hari pertama bulan Ramadan akan bermula esok.
Mahkamah Agung Arab Saudi membuat keputusan menurut kalendar Islam, bulan Syaban berakhir hari ini, maka ketibaan bulan Ramadan, yang turut menandakan bermulanya ibadah puasa, akan bermula pada hari berikutnya.
Menurut Agensi Berita Saudi, pihak berkuasa negara itu mengarahkan penduduk supaya melihat anak bulan semalam bagi menandakan permulaan Ramadan, bagaimanapun ia tidak kelihatan.
Sementara itu, negara jirannya, Qatar, turut mengumumkan hari pertama Ramadan bermula esok, sama seperti di Palestin.
Pihak berkuasa agama di Jordan, Algeria dan Maghribi pula berkata keputusan akan dibuat hari ini sama ada Ramadan akan bermula esok atau hari berikutnya. – AFP, 22 Mac, 2023.
Komen