KETUA pendakwa raya Afrika Selatan mengumumkan akan mendakwa bekas presiden negara itu, Jacob Zuma dengan rasuah yang berkaitan dengan perjanjian senjata, lapor Al-Jazeera.
Rasuah itu didakwa berlaku ketika perjanjian $2.5 bilion yang dibuat pada 1990. Zuma kali pertama didakwa hanya pada 2005 apabila penasihat kewangannya dipenjarakan atas kesalahan penipuan dan dakwaan rasuah.
“Selepas mempertimbangkan perkara ini, saya berpendapat bahawa terdapat prospek yang munasabah bagi pendakwaan yang berjaya terhadap Zuma terhadap tuduhan yang disenaraikan dalam dakwaan,” kata ketua pendakwa raya Shaun Abrahams.
Zuma dibicarakan pada 2006 namun kes itu ditangguhkan hingga pihak pendakwaan berkata ia tidak dapat diteruskan lebih dari setahun selepas dia didakwa.
Kes itu secara kontroversinya digugurkan oleh Pihak Berkuasa Pendakwaan pada 2009, sebaik sahaja Zuma memenangi jawatan presiden.
Zuma dipaksa meletak jawatan pada Februari oleh parti Kongres Kebangsaan Afrika (ANC).
Dia didakwa terbabit dalam beberapa kes rasuah ketika sembilan tahun memegang jawatan presiden, namun sentiasa kekal tidak bersalah. – 16 Mac, 2018.
Komen