IMF dan Ukraine capai perjanjian pinjaman $15.6 bilion


Ukraine terjejas akibat perang dengan tentera Rusia pada Februari tahun lalu. Aktiviti ekonomi negara itu menguncup 30 peratus tahun lepas manakala kemiskinan meningkat. – Gambar AFP, 22 Mac, 2023.

TABUNG Kewangan Antarabangsa (IMF) semalam berkata mereka mencapai persetujuan dengan pihak berkuasa Ukraine berkenaan pakej pinjaman bernilai sekitar $15.6 bilion untuk menyokong pemulihan ekonomi negara yang dilanda konflik itu.

Negara Eropah itu terjejas akibat perang dengan tentera Rusia pada Februari tahun lalu.

“Sebagai tambahan kepada korban kemanusiaan yang mengerikan, pencerobohan Rusia ke atas Ukraine terus memberi kesan buruk kepada ekonomi,” kata ketua misi Ukraine IMF Gavin Gray, menurut kenyataan itu.

Pelan empat tahun itu yang tertakluk kepada kelulusan daripada lembaga IMF akan menyokong pemulihan ekonomi beransur-ansur Ukraine yang berterusan sambil menggalakkan pertumbuhan jangka panjang dalam konteks pembinaan semula selepas perang dan laluan negara ke penyertaan Kesatuan Eropah, kenyataan itu berkata.

Aktiviti ekonomi Ukraine menguncup sebanyak 30 peratus tahun lepas manakala kemiskinan meningkat dan kebanyakan modal musnah, kata Gray.

IMF meramalkan ekonomi Ukraine perlahan-lahan akan pulih pada suku akan datang.

Tetapi cabaran makroekonomi akut berterusan disebabkan oleh skala kejutan dan pengembangan defisit fiskal, katanya. – AFP, 22 Mac, 2023.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen