PERDANA Menteri Jepun Fumio Kishida akan bertemu Presiden Ukraine Volodymyr Zelenskyy di Keiv pada Selasa, lapor Agensi Anadolu.
“Semasa rundingan…Kishida dijangka akan menyatakan pendirian Jepun yang tegas menolak pencerobohan Rusia ke atas Ukraine dan menukar status quo secara unilateral secara paksa,” menurut kenyataan Kementerian Luar Jepun.
Kishida juga akan mengulangi keazaman Jepun untuk menegakkan orde antarabangsa berdasarkan kedaulatan undang-undang.
Menurut penyiar awam Jepun NHK, Kishida berlepas ke Ukraine dengan menggunakan jet swasta dan bukan pesawat kerajaan.
Sementara itu, Kyodo News melaporkan, lawatan Kishida “dirahsiakan” sehingga beliau tiba di Ukraine.
“Jarang seorang pemimpin Jepun membuat lawatan ke luar negara tanpa pemberitahuan,” menurut Kyodo News. – Bernama, 21 Mac, 2023.
Komen