Amazon akan tamatkan khidmat 9,000 lagi pekerja


Amazon merupakan antara majikan terbesar di dunia, dengan menggajikan kira-kira 1.5 juta pekerja di seluruh dunia. – Gambar EPA, 21 Mac 2023.

AMAZON pada Isnin mengumumkan rancangan syarikat itu untuk menghentikan perkhidmatan 9,000 lagi pekerjanya.

Ketua Pegawai Eksekutif Amazon Andy Jassy menerusi catatan blog memaklumkan langkah itu akan memberi kesan kepada perkhidmatan “cloud” syarikat, pengiklanan dan unit Twitch, lapor Xinhua.

Pengumuman itu dibuat hanya beberapa bulan selepas Amazon mengumumkan pemberhentian 18,000 pekerjanya.

Pasukan yang terjejas belum memutuskan perkhidmatan yang tidak lagi perlu dan keputusan akan dibuat pada pertengahan hingga akhir April, katanya.

Amazon merupakan antara majikan terbesar di dunia, dengan menggajikan kira-kira 1.5 juta pekerja di seluruh dunia. – Bernama, 21 Mac 2023.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen