Laman sesawang utama Korea Utara alami gangguan


Laman sesawang beberapa pertubuhan utama Korea Utara termasuk saluran media negara dan kementerian luar mengalami gangguan pada pagi ini atas sebab tidak diketahui. – Gambar fail EPA, 21 Mac, 2023.

LAMAN sesawang beberapa pertubuhan utama Korea Utara termasuk saluran media negara dan kementerian luar mengalami gangguan pada pagi ini atas sebab yang tidak diketahui, lapor Agensi Berita Yonhap.

Setakat 9 pagi, pautan ke nama domain Korea Utara yang berakhir dengan “.kp”, seperti Agensi Berita Pusat Korea (KCNA) dan akhbar utama Rodong Sinmun tidak dapat diakses.

Punca sebenar masalah itu belum dapat disahkan.

Pada Januari 2022, laman sesawang utama Korea Utara dilaporkan mengalami masalah sama yang disyaki disebabkan serangan “penafian perkhidmatan” yang menyaksikan sambungan Internet Korea Utara terputus selama kira-kira enam jam. – Bernama, 21 Mac, 2023.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen