Mbappe dilantik kapten Perancis


Kylian Mbappe dilantik sebagai kapten pasukan Perancis, menggantikan Hugo Lloris yang bersara daripada arena bola sepak antarabangsa. – Gambar AFP, 21 Mac, 2023.

KYLIAN Mbappe dilantik sebagai kapten pasukan Perancis, menggantikan Hugo Lloris yang bersara daripada arena bola sepak antarabangsa.

Penyerang Paris Saint-Germain berusia 24 tahun itu menerima pelantikan selepas berbincang dengan pengendali, Didier Deschamps.

Penjaga gol Tottenham, Lloris menamatkan karier antarabangsanya pada Januari selepas tewas pada final Piala Dunia sebulan sebelum itu.

Lloris, 36, memakai lilitan kapten lebih sedekad untuk skuad kebangsaan Perancis.

Penyerang Atletico Madrid, Antoine Griezmann dinamakan sebagai penolong kapten selepas bek tengah Manchester United, Raphael Varane turut bersara susulan kekalahan dengan Argentina pada Disember.

Mbappe yang tampil 66 kali untuk negaranya, dikaitkan dengan jawatan kapten selepas prestasinya cemerlangnya meledak hatrik ketika final Piala Dunia dan membantu Perancis muncul juara pada edisi 2018.

Bekas penyerang Monaco itu menjadi penolong kapten di PSG kepada pemain Brazil, Marquinhos dan memimpin pasukannya ketika ketiadaan pertahanan itu semasa kekalahan kepada Rennes pada Ahad lalu.

Perlawanan pertamanya sebagai kapten ialah pada aksi kelayakan Euro 2024 menentang Belanda di Stade de France, Jumaat ini. – AFP, 21 Mac, 2023.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen