3 stesen TV Ecuador terima surat ancaman bom


Tiga stesen televisyen di Ecuador menerima surat ancaman bom semalam tetapi setakat ini motif perbuatan itu masih belum jelas. – Gambar AFP, 21 Mac, 2023.

SURAT ancaman bom dihantar kepada wartawan di tiga stesen televisyen di Ecuador semalam, dengan satu daripadanya meletup tetapi tidak mencebabkan kematian, kata pihak berkuasa.

Pejabat pendakwa raya berkata siasatan dibuka dalam kes keganasan itu, tetapi tidak menyatakan mengapa tiga stesen televisyen itu menjadi sasaran, dan siapa yang melakukannya.

Di bandar pelabuhan Guayaquil, seorang wartawan Lenin Artieda daripada stesen televisyen swasta Ecuavisa menerima satu sampur surat mengandungi pemacu pena yang kemudiannya meletuk apabila dimasukkan ke komputer.

Artieda mengalami cedera ringan di tangan dan muka, kata polis.

Polis berkata pemacu USB itu mungkin ada bahan RDX, iaitu letupan jenis tentera.

Selain itu pihak berkuasa berkata surat bom turut dihantar ke stesen TC Television. – AFP, 21 Mac, 2023.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen