Pemimpin Jihad Islam Palestin terbunuh dalam serangan Israel di Syria


Jihad Islam Palestin mendakwa serangan Israel di Damsyik pada Ahad mengorbankan seorang pemimpin utamanya dari kumpulan bersenjata Briged Al-Quds. – Gambar AFP, 20 Mac 2023.

PERGERAKAN Jihad Islam Palestin (PIJ) mendakwa serangan Israel di Damsyik pada Ahad telah mengorbankan seorang pemimpin utamanya dari kumpulan bersenjata Briged Al-Quds.

Dalam kenyataan media yang dihantar kepada Xinhua, pergerakan itu memaklumkan pemimpin dan jurutera, Ramzi Al-Aswad dibunuh di kawasan pedalaman Damsyik.

Al-Aswad, 31, adalah pelarian Palestin yang meninggalkan bandar Haifa pada 1948 dan menetap di kem pelarian di Syria, sebelum menyertai organisasi itu.

Kumpulan itu meminta Israel bertanggungjawab “atas jenayah khianat yang dilakukan”, sambil menegaskan bahawa kumpulan itu akan terus melawan musuh dan bertindak balas terhadap semua jenayah yang dilakukan terhadap rakyat. – Bernama, 20 Mac 2023.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen